Namun pertama-tamanya penulis ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua rakan2 dan pembaca blog penulis ini...Moga Eidul Adha tahun ini bersemi dengan cinta kepada-Nya...
Jadi mungkin pembaca sudah boleh meng agak apa yang akan penulis post kali ini...Sudah tentulah pasal Eidul Adha ( selalunya orang sebut raya haji...apa2la...janji semua
paham...)...Hendak atau tidak, nak atau xnak, orang mesti akan cakap pasal 'Pengorbanan' . Yelah, nama pun raya korban,mestila cerita pasal pengorbanan.Takkan nak tulis pasal cinta lak..hehe...Tapi betulkah tak boleh cakap pasal cinta masa raya haji ni???hehe...ni yang penulis ingin sampaikan...
Lumrahnya, mungkin semua pembaca sudah mengetahui kisah Abbul Anbiya, Ibrahim a.s dan anakanda beliau, Ismail a.s . Kisahnya tercatit dalam al-Quran dan diceritakan panjang lebar oleh pengarangnya, ALLAH ta'ala.
Jadi,its not all about sacrification, but more essential and need to be taken care of, which is the Ultimate Love to the Creator, ALLAH s.w.t..Jadi apa yang penulis ingin sampaikan pada blog kali ini berkisar tentang cinta Agung Ibrahim kepada Khaliq nya, Rabbul 'Alamin...
1) Pengorbanan tanpa cinta adalah kudung.dan kedua2 ini saling memerlukan; tiada cinta tanpa pengorbanan,tiada pengorbanan tiada cinta. Biasanya lah, waktu kita bercinta, mesti la kita nak berkorban untuk si die. Kan?sebab kita nak tunjukkan betapa cinta kita kepadanya. Yang tak disuruh pun buat. "Tak apelah,abang pergi beli kejap, bukan jauh pun," (walaupun tempat yang dituju tu jauh.Hu4..). Standard ar tu kan. Norma manusia, setiap benda yang ada mesti ditunjukkan. Sampai ada yang terbabas sampai melahirkan anak kerana ingin sangat 'menunjukkan' cinta kepada boyfriend nye..(naudzubillah).Manusia, biasalah tu..
"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar" (al-Quran)
2) Dalam konteks nabi ALLAH Ibrahim a.s, kisahnya lebih kurang serupa. Kisahnya, si Ibrahim a.s ini sudah lanjut usia, namun tidak memperoleh cahayamata untuk meneruskan misi berdakwah kepada masyarakat nya ketika itu. Lalu beliau berdoa kepada ALLAH swt agar diberikan anak. Lalu, ALLAH swt yang Maha Mendengar, menjawat rintihan khalil (kekasih) nya itu. Walaupun pada mulanya beliau tidak percaya apa yang akan berlaku, namun keyakinannya beliau terhadap ALLAH swt sungguh tinggi, hinggakan beliau dikurnia kan cahaya mata. Jadi yang menjadi persoalannya, dimanakah cinta nya kepada ALLAH swt?
Buktinya, walaupun Ibrahim baru sahaja menimang cahaya mata, ALLAH swt menguji beliau, nak lihat samada betulkah si Ibrahim ini cinta terhadap Yang Maha Esa ini. ALLAH swt menyuruh nya MENYEMBELIH anak yang di idam2 kan setelah sekian lama. Nah, disinilah detik2 paling genting untuk si Ibrahim as ini. Namun setelah dipujuk oleh anaknya, mereka berdua pun menjalankan misi yang ditugaskan kepada mereka. Dipendekkan cerita, tatkala Ibrahim as meletakkan pisau di leher Ismail as, ALLAH menggantikan korban si Ismail itu dengan seekor qibash...Maka, terciptalah Hari Raya EidAdha a.k.a Hari Raya Haji a.k.a Hari Raya Korban
Lihat lah betapa beliau cinta terhadap pencipta nya , cinta yang tiada tolok banding nya kepada Rabbul Jalil, sanggup melakukan sedemikian terhadap anaknya. Siapa sanggup menyembeli anak sendiri. Sedangkan nak sembelih ayam pun berat, ni kan anak sendiri.Lihat lah cinta agung si Ibrahim ini sehinggakan mendapat jolokan Khalilullah a.k.a Kekasih ALLAH, bahkan tarafnya lebih tinggi daripada Habibullah a.k.a (juga) Kekasih ALLAH..Maknanya, sungguh besar cinta nya kepada ALLAH..MasyaALLAH...
3) Dan jangan kita lupa juga, pengorbanan dan cinta Ismail as terhadap ALLAH swt. Kalau beliau tidak memujuk ayahnya, dan tetap bertegas tidak mahu disembelih, saya rasa tidak akan ada Hari Raya Korban. Hu4....manakan tidak, dia sanggup 'dibunuh' oleh bapanya sendiri.Sebabnya? Beliau yakin akan kurniaan ALLAH swt kepadanya; bukan di dunia, tetapi di Akhirat yang kekal abadi....
Dimanakan kita?? Saya pun tidak jamin dapat mencintai ALLAH separuh hati saya. Kita manusia,nak tak nak, kenalah juga cinta kepada si Tuhan ini, kalau tidak dimanakah kita selepas mati nanti. Syurga tujuan kita, namun neraka kah pengakhiran kita???? Naudzubillah....Fikir2 kan lah.." Fikir sejenak itu lebih berharga daripada solat sunat 1000 rakaat"
0 comments:
Post a Comment