Salam pertemuan untuk semua...
Post kali ini khas ditujukan untuk mengucapkan takziah kepada Encik Zaiwawi dan keluarga di atas kehilangan anakanda yang dicintai, Muhammad Aqmal di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada petang 25 November akibat kemalangan di Ipoh. Penulis dikhabarkan bahawa beliau meninggal di tempat kejadian manakala rakannya,yang memboncengnya sedang dirawat di ICU akibat dilanggar oleh sebuah kereta.
Beliau merupakan salah seorang rakan rapat penulis ketika di bangku sekolah rendah di SK Titi Gantung, Bota dan merupakan pelajar yang 'top' pada ketika itu. Kalau tak silap, beliau ketika ini sedang belajar di maktab perguruan di bidang TeSL.
Namun, yang paling penting, kita yang masih hidup tidak boleh lekang daripada mengingati Raja Langit dan Bumi, ALLAH yang Esa... Mungkin selepas membaca post ini kita akan 'berjumpa' dengan malaikat Izrail...sapa yang tahu...Penulis mengingatkan diri penulis dan pembaca agar sentiasa bersedia untuk 'bertemu' dengan Rabbul 'Alamin kelak... Rasulullah saw pernah bersabda, " Manusia yang paling bijak di antara kamu adalah mereka yang selalu mengingati mati" ...
Bukan sesuatu peristiwa yang patut di ambil tahu, bahkan makna di sebalik semua itu harus diterjemahkan dan diamalkan dalam kehidupan kita...
Moga2 kita menjadi insan yang pengakhirannya baik "Husnul Khatimah"... dan berjumpa dengan ALLAH azza wa jalla dalam keadaan suci, ibarat kain putih yang belum diconteng.amin...
1 comments:
maaf..typing error...that was supposed to be 25 october, instead of 25 november...my mistake..
Post a Comment