Salam pertemuan...
Blog kali ini nak sharing sikit apa yang dapat masa usrah maghrib td (27 Oktober)....
Salah satu tazkirah tadi adalah berkenaan dengan berebut2 saf hadapan ketika solat berjemaah...Hadis Nabi Muhammad s.a.w " Barang siapa yang tahu akan kelebihan berada di saf hadapan ketika solat berjemaah, nescaya mereka akan berebut2 untuk berada di situ, sehinggakan ada yang sanggup untuk mencabut undi, bagi menentukan giliran berada di saf hadapan ...." hadis ini sebenarnya panjang tetapi ini saje yang penulis mampu ingat( al maklum lah...banyak buat dosa..Astaghfirullah..)...
Then salah seorang daripada ahli usrah tadi, Sharif menambah " Erm..nak kongsi sikit ar.... " katanya... " Mengapa kita sering melakukan dosa dan tidak berebut2 untuk mendapatkan pahala???" sambung nya lagi...Penulis hanya mampu terdiam dan cuba berfikir apakah jawapannya. Lalu dia menyambung lagi " Sebab kita tak nampak pahala dan dosa" ...Penulis hanya menganggukkan kepala, "ye tak ye jugak kan..apsal la tak terpikir tadi..."..hati penulis berkata...
Kemudian sambungnya lagi.." Saya beri satu analogi... Kalau ALLAH meletakkan pahala berupa wang atau pun hadiah seperti RM1 juta, mesti berlumba2 orang pergi ke saf hadapan.... daripada tadi yang hanya menolak rakan sebelahnya untuk kehadapan,sekarang apabila ternampak RM1 juta tu, sudah tentu dia akan bergegas ke saf hadapan..." Penulis hanya mampu berfikir dan meng iya kan apa yang Sharif katakan tadi...
Kemudian tambahnya lagi " Sama juga macam dosa... Kalau orang tengah melakukan perkara lagha, kemudian on the spot ALLAH nampakkan dia seksaaan dalam neraka.. Nesacaya berhari2 dia akan menagis..." Penulis sekali lagi hanya mampu mengangguk kepala.." Betul jugak cakap kawan aku ni...." ..
Jadi itulah sharing yang ingin di sampai kan untuk hari ini ... Cuba kita berfikir sejenak ... Kalau kita benar2 nampak pahala yang kita buat, penulis confirm anda tidak akan pernah tinggalkan tikar sejadah...Hanya meng'abid' kan diri kepada ALLAH...
Jadi ini hanya untuk perkongsian kita bersama... "Sesungguhnya telinga yang berkata-kata itu lebih dekat daripada yang mendengar..."
~ ALLAH know the Best...~~~
0 comments:
Post a Comment