StuNNed...

se awal 6.15 pagi,aku sudah dikejutkan dengan berita bahawa rakan 'course' ku mengalami kemalangan semasa balik dari main-go kart. Tatkala mataku layu dek kerana keletihan pulang dari Lenggong, tiba2 kelopak mataku terbuka luas, sambil membaca:

"salam,tolong doakan keselamatan untuk adib aiman, dan yang laen, yang terlibat accident, adib kritikal cikit"....

'MasyaALLAH, macam mana boleh jadi ni', hatiku terdetik. lepas tu,cepat2 aku bangkit dari katil ku, menuju ke bilik air untuk bersiap2 solat subuh, kemudian aku nak tanya dengan kawan yang selamat, macam mana benda ni boleh jadi.

Sungguh menakjubkan rancangan ALLAH ni. Sebenarnya, ramai jugak yang plan untuk main go kart malam tu termasuk aku, tapi aku tak dapat join sebab masih dalam perjalanan pulang dari Lenggong, dari khemah ibadah untuk anak2 bait al-amin. Jadi, aku mengucapkan syukur kepada ALLAH, bukan kerana kawan ku terlibat kemalangan, namun ALLAH memelihara ku daripada kecelakaan.

Hariku bermula suram pagi tu. Selepas solat subuh, aku menghubungi kawan ku, Hasif yang juga terlibat dalam kemalangan, namun terselamat dari kecelakaan teruk. Aku pergi ke biliknya dan bertanyakan kejadian itu. Hati ku sungguh muram, membuat ku berfikir sejenak. " Maut itu datang menjemput tanpa memberitahu... Namun dah ke aku siap nak mati ni???" Manusia memang selalu lupa. Sebab tu Nabi kata, orang yang paling bijak ialah orang yang mengingati mati dan bersedia untuk nya.

Bayangkan kalau aku yang ade dalam kereta tu, dan malaikat maut menjemput ku, entah apa nasib ku. Mujurlah ALLAH masih memberi Adib peluang untuk hidup.Amin. Moga ALLAH menyelamatkan si Adib dari kecelakaan teruk. Al- Fatihah.Moga ALLAH menyembuhkan dia.

0 comments:

Post a Comment